KAMPUNG KUALA GRIS,KUALA KRAI,KELANTAN
Kenali ''KAMPUNG KUALA GRIS''
Assalamualaikum............
Pernahkah anda mendengar atau menjejakkan kaki ke Kampung Kuala Gris?Jika ini pertama kali bagi anda,jom kenali sebuah kampung yg boleh dikatakan pedalaman iaitu Kampung Kuala Gris.
Kampung Kuala Gris merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Krai,Kelantan.Kampung ini boleh dianggarkan berada di pertengahan antara Kuala Krai dan Gua Musang.Berada dalam daerah Kuala Krai,perjalanan dari Bandar Kuala Krai ke kampung Kuala Gris mengambil masa lebih kurang 30-50 minit perjalanan.Antara kampung yang berhampiran dengan kampung ini ialah kampung Dabong,Jelawang,Stong,Kemubu,Bukit Abu,Jengka dan Slow Pak Long.
Terdapat beberapa laluan masuk ke Kuala Gris yang boleh dilalui ketika ini iaitu :
- Melalui jalan air dari tangga Krai. Terdapat perkhidmatan bot mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai ke Kuala Gris.
- Dari Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang masuk ke Jalan Sungai Sam ke Dabong. Lebih kurang 40km untuk sampai ke Kuala Gris dan memakan masa lebih kurang sejam setengah melalui jalan yang agak berbukit.
- Melalui jalan [[Tanah Merah]] ke Dabong, melintasi jambatan yang dibuka secara rasmi pada 2006.
Pemandangan menarik dapat dilihat sepanjang perjalanan ke Kuala Gris. Terdapat kawasan peranginan seperti Gunung Stong yang jaraknya lebih kurang 20km dari Kuala Gris. Gunung Stong mempunyai air terjun yang tinggi dan bertingkat. Dan terdapat Gua Ikan yang unik,jaraknya lebih kurang 10km dari Kuala Gris.
Masjid Mukim Kuala Gris
Pusat Internet Kuala Gris
Sekolah Kebangsaan Kuala Gris
Perpustakaan Awam Kuala Gris
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau soalan,sila kemukakan..Terima Kasih..!
No comments:
Post a Comment